Jemputan Majlis Makan Malam
Pengawas 2024/2025
SMK SULTAN SALAHUDDIN
ABDUL AZIZ SHAH
SABTU
07
2024
DISEMBER
KT BALLROOM MINI HALL
SEKSYEN 24, SHAH ALAM
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
“In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful”
Dengan penuh rasa penghargaan dan kesyukuran, kami ingin menjemput semua guru dan pengawas yang dikasihi untuk menghadiri sebuah majlis istimewa yang dianjurkan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan. Majlis ini adalah peluang untuk kita bersama-sama meraikan dedikasi dan usaha semua pihak yang telah menyumbang kepada kecemerlangan sekolah kita.
Kehadiran guru-guru yang dihormati dan para pengawas yang dihargai akan melengkapkan lagi kemeriahan majlis ini serta mencipta kenangan yang akan dikenang sepanjang hayat.
Setulus Budi Seumpana Kasih
Tuan / Puan / Cik
Dijemput hadir.
Sabtu | Saturday
07.12.2024
8:00 p.m - 11:00 p.m.
KT BALLROOM MINI HALL
SEKSYEN 24
SHAH ALAM
Arabic / Formal
RM40.00 / Pax
8:00 p.m.
Pendaftaran
8:30 p.m.
Guru Pentadbir dan guru
pengawas memasuki dewan.
8:45 p.m.
Majlis Bermula
-Bacaan Doa
-Ucapan Ketua Pengawas
-Ucapan Pengetua
9:10 p.m.
Makan malam
9:45 p.m.
Aktiviti menarik dan Sesi
fotografi
11:00 p.m.
Majlis Tamat & Bersurai
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para guru yang sentiasa membimbing dengan penuh dedikasi, serta para pengawas yang komited menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang. Tanpa sokongan, usaha, dan kerjasama anda semua, kejayaan serta keharmonian sekolah ini tidak mungkin dapat dicapai.
Semoga segala pengorbanan dan jasa baik anda diberkati serta menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
Anda semua adalah tulang belakang kepada kecemerlangan sekolah kita.
Terima kasih atas segala yang telah anda curahkan
SEMOGA KEHADIRAN
TUAN / PUAN / CIK
AKAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS INI.
Ucapan
“Jemputan istimewa kepada semua!
Marilah bersama-sama memeriahkan Majlis Makan Malam Pengawas yang penuh bermakna ini. Sebagai penghargaan kepada dedikasi dan usaha para pengawas kita, majlis ini bakal menjadi kenangan indah yang akan dikenang selamanya. Kehadiran anda amat dinanti untuk melengkapkan malam istimewa ini. Sama-sama kita mencipta momen penuh kemeriahan dan kegembiraan. Jumpa anda di sana!”
“A special invitation to everyone!
Join us in celebrating this meaningful Prefects’ Dinner. As a token of appreciation for the dedication and hard work of our prefects,
this event promises to be a cherished memory for years to come. Your presence is eagerly awaited to complete this special evening. Let’s create a night filled with joy and unforgettable moments together. See you there!“